Khamis, 20 September 2012

PERTANDINGAN BLOG DI SMK MAAHAD MUAR

Inilah gambar kami yg telah pergi bertanding dalam pertandingan blog yag telah diadakan di SMK MAAHAD MUAR pada 19 september 2012

Selasa, 18 September 2012

LOGO PRS SMKBP


KEPAK : menujukkan kebebasan PRS untuk membantu rakan sebaya
BINTANG : menunjukkan semangat dan azam PRS untuk membantu rakan sebaya
ORANG : menunjukkan semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan PRS
WARNA BIRU : semangat perpaduan antara PRS
WARNA MERAH : keberanian menghadapi semua cabaran
WARNA KUNING : menujukkan kecermelangan PRS

PROGRAM KEMBARA BAHASA MELAYU-JEPUN 2012

Program ini telah dianjurkan oleh pihak PPD Muar,DUN JORAK,SKETERIAT PENDIDIKAN PAGOH dan SMK Bukit Pasir. Terdiri daripada pelajar-pelajar TUFS pengajian Bahasa Melayu. Mereka telah berkampung di Muar selama 14 hari pada bulan Mac yang lalu. Pelbagai ilmu Bahasa Jepun telah diajarkan kepada pelajar tingkatan 6 dan ahli PRS.











PROGRAM KECERMELANGAN TINGKATAN 3 BERSAMA MAHASISWA UIAM DAN PRS

Program ini telah diadakan pada cuti bulan Mac yang lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Mahasiswa dan Mahasiswi UIAM dengan kejasama pihak Sketeriat Pendidikan Pagoh serta PRS SMKBP. Tujuan program ini adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR pada Oktober ini.












AKTIVITI BDK/PRS SEPANJANG TAHUN 2011

SUASANA SMK BUKIT PASIR

CUP GAME

Permainan ini telah dirakamkan semasa aktivti PRS SMKBP bersama murid SK Paya Panjang

KURSUS PEMANTAPAN PRS TINGKATAN 2

Kursus ini telah dijalankan oleh AJK dan Ahli senior PRS di Pusat Pembangunan Modal Insan Kem Nurahimah,Kampung Tengah,Muar. Tujuannya adalah untuk mendidik para ahli junior untuk menjadi PRS yang bertauliah dan berkaliber. Mereka telah di uji dengan beberapa ujian.









NADWAH KECEMELANGAN PELAJAR TINGKATAN 3 FIRUS,INTAN,MUTIARA

Nadwah kecermelangan ini telah disertai para pelajar tingkatan 3 Firus,Intan dan Mutiara. Ia diadakan di Pusat Pembangunan Modal Insan Kem Nurahimah, Kampung Tengah,Muar. Tujuan program ini ialah untuk membina semangat terhadap para pelajar ini untuk menghadapi Peperiksaan PMR 2012.






TAKWIM AKTIVITI PRS 2012



Tepok Sorak BDK/PRS bersama Mahasiswa Jepun di Kem Nurahimah

Para Mahasiswa TUFS mencuba tepok Sorak Kelab BDK/PRS SMKBP

PROGRAM KEMBARA JEJAK BAHASA MELAYU-JEPUN MAC 2012

Kenangan bersama Mahasiswa Jepun daripada TOKYO UNIVERSITY FOREIGN STUDIES dan SMKBP

GPMS UIAM & SMK Bukit Pasir Muar

Gemuruh bersama Mahasiswa UIAM

Program HATI KE HATI SMK Bukit Pasir

Rakaman Program Hati Ke Hati SMKBP, Muar

SAMBUTAN HARI GURU SMKBP 2012

Corat-coret sepanjang Sambutan Hari Guru SMKBP 2012

FALSAFAH


Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Isnin, 17 September 2012

ETIKA PRS

PRS perlu patuh kepada etika berikut:

1.1.            Amanah dan menyimpan rahsia.
1.2.            Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
1.3.            Tahu batasan dan keupayaan diri.
1.4.            Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
1.5.            Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
1.6.            Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.7.            Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

OBJEKTIF

*UNTUK MEMASTIKAN PRS DAPAT MEMBANTU PARA PELAJAR YANG LAIN UNTUK MENINGKATKAN POTENSI DIRI DAN MENGUBAH DIRI MEREKA.

*MEMASTIKAN PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PASIR MENJADI ORANG YANG BERGUNA DAN BERJASA KEPADA SEKOLAH, IBU BAPA , MASYARAKAT DAN NEGARA.

*MENJADI MODAL INSAN YANG BERGUNA PADA MASA AKAN DATANG KELAK.

MATLAMAT


  
1.1.            Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
1.2.            Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
1.3.            Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
1.4.            Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.

RASIONAL


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut.  Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting  untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

DEFINISI


Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

SEJARAH PENUBUHAN PRS(SMK BUKIT PASIR)

09 JUN 1990 ~ SMK BUKIT PASIR TELAH DIRASMIKAN PEMBUKAANNYA OLEH YAB.EN ABDUL GHAFFAR BIN BABA, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA .  MAJLIS PERASMIAN INI JUGA DIHADIRI OLEH MENTERI BESAR JOHOR, TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN. KETIKA ITU EN.MAHFOR BIN BABA (PENGARAH JPNJ) TURUT HADIR . PENGETUA PADA MASA ITU IALAH EN.ABU BAKAR BIN AFFANDI . PADA MASA DAN HARI YANG SAMA , KELAB BIMBINGAN DAN KAUSELING/PRS TELAH DITUBUHKAN SERTA DIRASMIKAN OLEH TUAN PENGETUA DENGAN AHLI SERAMAI 30 ORANG PELAJAR

APA ITU KAUSELING

BLOCHER(1974)MENDEFINISIKAN KAUNSELING SEBAGAI SUATU PROSES UNTUK MENOLONG INDIVIDU SUPAYA IA MENJADI LEBIH SEDAR TENTANG DIRINYA DAN BAGAIMANA IA DAPAT BERTINDAK BALAS DALAM ALAM PERSEKITARANNYA .COREY(1977)SEPERTIMANA DENGAN BLOCHER MENEKANKAN TENTANG PROSES DI MANA SEORANG KLIEN DIBERI PELUANG UNTUK MENEROKAI ASPEK DIRI DAN KEHIDUPANNYA YANG MENIMBULKAN MASALAH PADA DIRINYA .AKHIR SEKALI JAMES(1982)PULA MENDEFINISIKAN KAUSELING SEBAGAI SUATU PROSES PEMBELAJARAN YANG LEBIH MENEKANKAN KEPADA PROSES MEMBANTU INDIVIDU UNTUK MENCAPAI KEHENDAKNYA,MEMBIMBING DAN MENILAI POTENSI YANG ADA PADA DIRI INDIVIDU.

KAUNSELING BERKELOMPOK

KAUNSELING BERKELOMPOK DIDEFINISIKAN SEBAGAI PENGUMPULAN BEBERAPA ORANG INDIVIDU YANG BEINTERAKSI SERTA MEMPUNYAI PERHUBUNGAN PSIKOLOGI DIANTARA SATU SAMA LAIN . IA MELIBATKAN PROSES PERHUBUNGAN INDIVIDU DALAM KUMPULAN SECARA DINAMIK TENTANG TINGKAHLAKU DAN PERMIKIRAN. IA JUGA MELIBATKAN AHLI DALAM KELOMPOK BERKONGSI MASALAH PERIBADI BERSAMA RAKAN SEBAYA DAN KAUNSELOR

KAUNSELING INDIVIDU

KAUNSELING INDIVIDU SEBAGAI SATU PERHUBUNGAN YANG BERSEMUKA DI MANA SESEORANG KL MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA SEORANG KAUNSELOR.PERHUBUNGAN TERSEBUT DISIFATKAN OLEH CIRI-CIRI SEPERTI PENERIMAAN KLIEN SECARA TULEN , SALING HORMAT-MENGHORMATI DAN PENEKANAN TERHADAP KEPERLUAN- KEPERLUAN DAN PERASAAAN KLIEN .

BIMBINGAN

OTHMAN MOHAMED (2000), BIMBINGAN MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES MENOLONG. IA MELIBATKAN USAHA MEMBERI ARAHAN SECARA TERATUR SERTA MENGANDUNGI MAKLUMAT SESUAI BAGI MENENTUKAN AGAR SESUATU MATLAMAT TERCAPAI OLEH ORANG YANG MENERIMANYA. PENENTUAN KEBAJIKAN DAN PERKEMBANGAN DIRINYA.

Khamis, 13 September 2012

Mutiara Kata


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."